Thursday, 14 March 2013

Novel Terpakai : 9 NYAWA


Tajuk : 9 NYAWA
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Harga Asal : RM19.90
Harga Jual : RM14 (Semenanjung)/RM16 (Sabah/Sarawak)

**HARGA TERMASUK POS**

SOLD

"Mata hati tidak pernah berdusta"

**INTAN SURYANI**
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula...menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah 'nyawa' yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya...ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri terbujur kaku.

**HAKIM**
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa sahaja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN...mata hatinya lebih 'celik'. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati.

Mereka berdua bertemu jua...di alam paranormal. Pertemuan ini merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka terungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

"SELAMAT MEMBACA!"

1 comment: